Saturday 18 June 2011

mari kita bercerita tentang buah pinggang!!

hmm..kita hidup seharian ni memang lah seronok kan..kita wat apa saje ikot kehendak diri kita..lagi2 time kite makan..ape je kite sumbat dlm mulut janji prut kite kenyang...btol x??haha..kesilapan pemakanan sbnarnye boleh membahayakan organ dalaman kita sendiri iaitu ginjal yg lebih dikenali sebagai buah pinggang..maaf lah aku ni bkn doktor..tp sekurang2nya aku ada pengetahuan tntang perkara ini..haha,...sebab ape??pikirkanlah sendiri ye..
apa eh yg dimaksudkan dengn buah pinggang??

Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah  tulang belakang bawah sedikit  kepada rangka tulnag rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut :-
1)                  membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah
2)                  menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan        membuangkan yang lain
3)                  menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang


 ha!!jikalau korang mempunyai masalah seperti ini...cepat2lah pergi klinik yg berdekatan ok:-

  1. kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
  2. kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
  3. mengeluarkan kencing berdarah
  4. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
  5. kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)


hmm..ok..kite mmg slalu menganggap yg penyakit macam ni slalu brlaku kat orang yg brumur ataupn veteran..tp sebenarnya anggapan itu salah.. golongan muda juga boleh mndapat sakit ni..kalau orang tua selalunyalah diorang dpt penyakit ni apabila mereka mempunyai sakit kencing manis + darah tinggi + sakit jantung..sakit ni lebih dikenali sebagai sakit 3 serangkai...kepada golongan muda...susah untuk mndapat sakit ni diusia muda..jikalau mereka mendapat sakit buah pinggang diusia muda kemungkinan dari pemakanan yg tidak seimbang..sebagai contoh..:
  1. kurang minum air dan lebih melakukan perkara yg memenatkan seperti berlari..(minumlah air dengan banyak ye)
  2. suka memakan keropok yg mempunyai pewarna yg kuat(paling bez super ring la)hahahahah..tiap ari mst makan..mmg cepat la hancur ko pnye buah pinngang 2..
  3. air gas yg berlebihan..
  4. kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan..



terdapat juga yg dtg dripada kesilapan (antibody) bdan kita sendiri..apabila antibody bdan kita x dpt mengawal dirinye dengn baik, ia akan menyerang buah pinggang kita sendiri.(dah macam men game call of duty la pulak)..haha..patutnyakan antibody bdn serang virus..tp serang buah pinggang..dah mkn kawan sendiri..ni mst kene rahsuah ngn pihak lawan ni..penyakit ni dikenali dengan nama (IGA NEPHROPHATY)....haha...ni la penyakit yg ku alami sebenarnye..Alhamdulillah..penyakit ni blum membawa aku sehinnga dialysis lagi..just trace it with ubat la..ok 2 saje dari aku kalli ni..hhahaha...assalamualaikum

No comments:

Post a Comment